Wednesday, September 21, 2011

Pengembaraan Bermula!

Salam.

Hye2!


*buku yang mesti dibaca. (sekadar hiasan kredit kepada pakcik Google)

Hari ni saje wat entri cam ni. Dah lame kot tak update blog ni.

Pengembaraan bermula? Hehe. Bukan ape. Pengembaraan membuat proposal la. Harap2 la dapat present proposal ni awal bulan Oktober ni. Aku kena rushing buat proposal ni. Ada target yang harus di kejar!

Okay, setakat ni jelah dulu ye. Daaa~


*harap dapat siapkan proposal secepat yang mungkin!*

Thursday, April 14, 2011

bosan

Salam.

Hye,

Okeh. entri ni sesaje jek. Aku ingat nak share sikit info. Tapi aku sangat tak de mood sebab demam agak teruk. Lain kali ajelah yek.

Bye.

:: Lembik gila badan ni::

Sunday, April 10, 2011

Happy yang sementara =.="

Salam.
Hye readers.


Hye! Mesti korang pelik dengan gambar di atas kan? Kaitan gambar ni ialah nampak tak budak perempuan tu happy? Samalah dengan aku. Aku happy gila semalam. Sebab dapat pergi berjimba. Seronok tak terkata sebab dah lama gila tak pergi berjimba. huhu. Bukan berjimba je. Tapi 'ngedate' sekali. hehe. :P

Okeh. Tajuk entri ni happy yang sementara. Ala pepaham je la. Semalam ber'happy' sakan. Esok dah kena kerja. Penat woo. Ni dalam proses nak siapkan journal paper. Penat jugak perah otak ni. Harap-haraplah paper aku ni tak direject lagi oleh SV. Huh! Minggu depan hectic week bagi aku. Sila lihat schedule di bawah:

isnin & selasa - persediaan untuk presentation
rabu -presentation (journal paper)
khamis & jumaat - proses data baru (mass flowering)
ahad - presentation (Seminar Fiqh Sains dan Teknologi FTI 2011)

Em.. busy giloss. huhu. Bila lah aku nak dapat rehat betul-betul tanpa membuat apa-apa kerja.
Takleh blah ari ahad tu. Seminar Fiqh Sains dan Teknologi. Huhu. Rase cam cuak gak. Almaklumla seminar perkongsian ilmu. Mestilah ramai orang kan. Cuak-cuak. Huhu.

Inilah yang aku namakan Happy Yang Sementara.

Huh. Takpelah. Ape pun, aku nak citer aktiviti semalam ketika aku berjimba.

Mula-mula aku gi tengok wayang Citer RIO. Citer ni best gila. Lawak. Citer ni mengisahkan seekor burung kakak tua berwarna biru diberi nama Blu. Dia ni tak leh terbang. Pelik-pelik je kan. Tapi canggih. Dia ni suka baca buku. Hik3x. Haa. Burung kakak tua yang betina tu pulak nama dia Jewel. Kiranya Blu berjumpa dengan Jewel bila Blu dan Linda (tuan Blu) pergi ke RIO, Brazil. Dipendekkan cerita, Blu dan Jewel diculik oleh sorang budak untuk dijual di luar negara. Tapi akhirnya Blu yang tak boleh terbang ni dapat selamatkan semua burung-burung yang nak dijual tu. Canggih! Otak Blu ni memang geliga. Dan akhirnya Blu ni boleh terbang. Dengan semangat yang diberikan oleh Jewel. Ceh! hehe. Best citer ni. Kalau tak caya korang boleh la pergi tengok. Best! Aku bagi 5 bintang! :)

Aktiviti lain yang aku buat, aku gi karaoke lepas tengok wayang. Aktiviti paling aku suka. haha. best tau berkaraoke ni. Dalam majalh RAPI pon ada kata kalau kita stress, berkaraoke adalah terapi terbaik. Memang betul pon. Lega rasanya bila dah karaoke. Biasanya kalau aku stress, aku suka nyanyi lagu yang guna nada tinggi macam lagu Ziana Zain. Fuh! Lagu ZZ ni memang pakai vokal tinggi-tinggi belaka. Tu yang aku suka. Lagu Siti Nurhaliza po n boleh tahan gak. Pakai vokal tinggi. Aku suka.

Walaupun aku happy sesangat semalam, esok tugas mesti dijalankan. Aku mesti grad on time! Nak keluar dari alam belajar ni cepat-cepat. Nak pegang duet bebanyak dan nak punya kerjaya. Lepas tu, kawen. Hehe. :P

Okehla. Sampai sini saja. Nak sambung buat paper. =.="
Daa~
Wassalam.

:: Otak ku blurr:: o.O